RECIPE


Puding Kastard Jagung sumber: Dapur CT Oleh: Azie Kitchen


Bahan utk Puding:

1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair


Bahan Tambahan:

1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)


Cara-cara:

Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.


Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.


Enjoy ....